Thursday, April 9, 2009

Terapi Penyembuhan Melalui RX water

Antara ciri-ciri yang menjadikan Rx-Water begitu berbeza dan unik adalah konsep Kesejahteraan dalaman dan luarannya. Sistem ini direka untuk memberi manfaat kepada minda, tubuh dan Aura anda. Selain manfaat dari hujung rambut hingga hujung kaki, ia juga membantu membersih, menyegar, menambah tahap oksigen serta meningkatkan prestasi setiap sel dalam tubuh anda. Kesan serta merta ini boleh dibuktikan melalui ujian Aura.


Kita memperolehi tenaga aura dari alam semesta yang menyelubungi kita. Ia dapat dipertingkatkan oleh Rx Water. Terapi air yang menggunakan Rx Water membantu melicinkan pengaliran darah serta trenaga chi dalam tubuh kita. Penyekatan pengaliran darah dan tenaga ini biasanya menyebabkan penyakit. Penyekatan sebegini boleh dilihat dalam warna-warna aura anda.

Rahsia utama RX water adalah pada kartrij terakhir yang menghasilkan air yang beraura sehingga dikategorikan sebagai air penawar, bukan sekadar air hidup.

Penggubah aura mampu membantu kesan penyembuhan penyakit melalui peningkatan tenaga air, kandungan oksigen terlarut, kapasiti membawa nutrein, komunikasi antara sel dan kelajuan perpindahan maklumat.

Penyegar Vortexian nya pula memecahkan lagi molekul air kepada gumpalan kecil untuk meningkatkan penyerapan oleh tubuh badan.

Bahan liat Kalsium yang diionkan membantu menambah rasa air.

Di dalam badan pula RX water berfungsi untuk mengeluarkan toksin, menyeimbangkan & mengharmonikan homeostasis, pembaikan, perlindungan dan pengendalian fungsi-fungsi selular serta meningkatkan imuniti melalui konsep pemindahan Aura yang telah diaktifkan seterusnya memberikan kesan bio penyembuhan.

Air yang mampu menyembuh dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Asid amino membantu menguatkan sel darah merah danmemudahkan penyerapan oksigen oleh darah

Mengandungi vitamin B2, B3, B5, C, D, H dan K untuk digunakan oleh tubuh badan

Protein untuk sumber tenaga, kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat dan berbagai mineral lain

No comments:

Post a Comment