Monday, April 6, 2009

Proses Penapisan Air Rx- Water

Air yang melalui sistem penapisan unik ini berupaya memberi KESAN SERTA MERTA dari segi perubahan aura seseorang sebaik sahaja diminum. Manfaat terapeutik, keupayaan menyembuh dan kemampuannya untuk meningkatkan tahap kesihatan telah disahkan oleh jumlah pengguna yang semakin kagum dan puas hati dengannya.

Kartrij pertama;
Seramik Bermutu Tinggi untuk menapis bahan pencemar, kekaratan, protozoa dan sebahagian bakteria sehalus 1 mikron

Kartrij kedua;
Seramik Karbon Teraktif Bermutu Tinggi dan Batuan Mineral Semulajadi menghilangkan rasa dan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga melembutkan air mentah, menghasilkan beberapa galian dan meningkatkan rasa air. Kepadatan fiber PPFnya menyekat saki baki bakteria dan pencemar organik.

Kartrij ketiga;
Mengandungi Seramik Karbon Teraktif yang lebih unggul serta proses Media KDF nya yang memenuhi keperluan EPA dan piawaian Keselamatan Nasional FDA Amerika Syarikat untuk membasmi segala mineral keras dan bahan radioaktif dengan berkesan

Kartrij keempat;
Ia paling unik dan menyediakan pelbagai manfaat. Pengubah Aura nya yang unggul menggiatkan kesan penyembuhan aura sementara Penyegar Vortexion nya pula memecahkan molekul air kepada gumpalan kecil supaya penyerapan dipermudahkan. Tanah liat berkalsium yang diionkan membantu penghasilan Ion kalsium untuk meningkatkan rasa air tersebut.Walaupun terdiri daripada 4 kartrij tetapi air yang dihasilkan melalui 8 proses penghasilan.

No comments:

Post a Comment